~HaTi~

Posted in By Al-Faruq 0 comments


#BismillahirRahmaaniRahiim# Asalamualaikum sahabat yang ana kasihi..

sahabat yg dirahmati Allah sekalian, bersyukur kita kehadhrat Allah S.W.T kerana masih lagi memberikan beberapa nikmat yang kadang2 kita tidak tersedar pun wujud nikmat itu dalam diri kita iaitu nikmat kehidupan, namun begitu tidak lupa pula kita kepada nikmat yang terbesar iaitu nikmat iman dan islam yang mana hanya diberikan kepada hamba Allah yg bertaqwa..

Bila sebut soal taqwa, terlintas di hati ana ni nak citer sket berkenaan hati.

 Sabda Rasulullah S.A.W:
                                         “Ketahuilah dalam jasad manusia ada seketul daging, jika ia baik maka baiklah jasad itu dan jika ia rosak maka rosaklah jasad itu, itulah yang dinamakan hati.” 
(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

"Assalamualaikum Abang Rif!", Rushd Menyapa.

"Wa'alaikumussalam Rushd! Kenapa Abang nampak anta macam kekalutan je ni?" soal Rif.

"Abg sibuk tak skg ni?.. sbab kalau boleh ana nak tanya abg beberapa soklan yang lbih b'kait rapat dgn cinta",

"Abg okey jew, xsibuk sangat pun.. haa, ape soklan nye??".

"cam ni bang, ana rasa skrg ni cam ade org minat kat ana la.. ape patut ana buat? ana pun ade la jgak minat kt dye sbelom ni, tp skg ni ana cam dah xnk ambil kisah tntang dia, sbab ana s'diri pun ade p'kara yang lebih penting untuk dibuat, cner ekk? boleh abg tolong ana tak?",

"Hmm.. abg rasa tu hanya perasaan anta je.. enta ada bukti ke yang dia suka kat enta?",

" cam ni bang, beberape minggu lepas ana t'jumpa dgn dia kat taman pastu ana cakap kat dye cam ni.. Enti jaga diri baik2 ep? nanti ana sedia, ana akan jumpe mak ayah anti nak msuk mminang.. pstu, respon dia cam xpuas aty ngan ana, dia balas.. xpayah msuk meminang pun xpe sbab ana pun bkan suka sangat orang hipokrit cam anta ni..",

"Perlu ke enta buat cam tu semata-mata untuk dapatkan di.."

"nanti dulu bang, saya xhabis cerita lagi ni,"

"okey2.. teruskan",

"kemudian, ana pun cbela untuk b'lapang dada.. ana b'cadang untuk lpekan semua tu.. ana nk mulakan hidup yang baru. beberapa hari lepas, tibe2 lak dye hantar surat kat ana.. surat itu menyatakan cam ni.. Rushd, maafkan ana sebab tinggikan suara dengan anta aritu. ana x b'maksud untuk buat cam tu, sebab ana kenal anta ni lelaki yang baik, xpernah melayan mane2 akhwat, jadi ana rasa cam segan dengan anta aritu, betul ke ape yang anta cakapkan tu?... Setelah daripada itu, hati ana rasa cam t'tarik ngn dia, ana agak gelisah sebab setiap malam ana asyik fikirkan dia, ana tahu ikhtilat itu haram , tapi kalau dah same2 suka xleh ke?",

"Rushd.. Rushd.. perkara yang anta alami itu sudah ramai manusia2 alami. Biarpun jalan cerita mungkinlah tak sama, namun, matlamatnya sama. namun begitu, kita sebagai hamba Allah perlu sentiasa sedar bahawa semua itu hanyalah ujian daripada Allah.. Alhamdulillah Rushd sendiri pun boleh sedar bahawa perkara itu salah, jadi kenapa masih nak dipertikaikan lagi?",

"betul jgak tu.."

"Tanpa Abang panjangkan cerita, abang rasa abang boleh kongsikan dengan anta beberapa tips untuk menambat hati kembali pada Ilahi ;.
 1)perbanyakkan bertaubat
 2)halangi jalan2 yang mampu menghubungkan anta dengan dia
 3)menyertai kumpulan usrah/majlis2 ilmu yang boleh mendekatkan diri dengan Allah
 4)perbanyakkan tadabbur Al-Qur'an
 5)jaga status anta/penampilan diri
 6)sibukkan diri dengan perkara yang lbih m'jadi keutamaan
 7)perbanyakkan berdzikir, jka xigt dengarlah zikir2 terapi seperti zikir hafiz hamidun, fitri haris dsbnya
 8)selalu muhasabah diri sebelum tidur/masa lapang
 9)perbanyakkan mengingati mati
 ....InsyaAllah dengan tips2 ini semua itu akan selesai ^^ "..

"Terima Kasih abang Rif, ana akan cuba tips2 abg Rif tu.."

"satu lagi abg nk bagitahu Rush. Rushd, kadang2 kita merasakan kita dah cuba buat yang terbaik untuk perbaiki diri kita, tapi Rushd sekiranya belum berhasil, maksudnya masih ada sesuatu yang xkena dengan diri kita, jadi InsyaAllah kalau kita usaha lebih, Allah pasti akan bantu kita. Kekosongan hati itu hanya boleh diisi dengan kasih sayangNya. Kelukaan hati itu.. hanya boleh dirawat dengan mendekatkan diri kepadaNya. insyaAllah, kuatkan hati & mulakan tindakan".

"InsyaAllah.."

daripada kisah Rushd tadi, beberapa persoalan yang sering remaja tertanya2 InsyaAllah sudah terjawab.. Sudah menjadi suatu realiti bahawa hati itu amat sukar untuk dijaga, tambahan pula hati itu disahabatkan dengan nafsu Jadi, ana sendiri pun sudah kongsikan ilmu ana, yang menjayakan semua itu tidak lain dan tidak bukan hanyalah terletak pada diri-sendiri. apa yang ana kongsikan diharap dapat dipraktikkan dengan baik..

sesungguhnya daku juga merupakan insan yang lemah lagi berdosa,
Kuharap kalian sentiasa mendoakn daku,
Agar daku sentiasa teguh dijalan Allah,
InsyaAllah..